Thursday, 25 April 2013

kek batik..snangg je ..buatlaa... :)



Bahan-bahan :-

2 cawan milo/vico/koko
200g buttercup
1/2 tin susu pekat manis(besar?
1 paket biskut Marie ( potong 2/4 )
1 biji telur 

Cara-cara :-

1. Panaskan kuali/periuk.
2. Masukkan buttercup, milo dan susu pekat manis. Kacau sehingga milo betul2x larut dengan buttercup dan susu.
3. Masukkan telur. Kacau laju2x untuk hilangkan ketulan milo. (setengah orang tak guna telur. Depends.)
4. Lepas mendidih, dan milo sebati dengan buttercup and susu, tutup api. Biarkan seketika
5. Gaulkan biskut marie bersama2x dengan adunan milo tadi.
6. Susun dalam bekas dan tekan bagi padat.

Tips :-

Ada beberapa tips untuk masak kek batik ni. 

1. Kebiasaanya, lagi sedap kalau biskut banyak, adunan sikit. y? Bila milo terlampau banyak, biskut kurang, nanti bila potong, kek batik tu lembik.
2. Biskut marie ada 2 jenis iaitu yang chocolate and yang asli. Jangan ambil yang chocolate, sebab nanti dah hilang rasa kek batik itu sendiri. Ambil yang original, biskut color
 cerah tu.
3. Jangan gaulkan biskut time adunan still atas dapur, tengah hangat membara sebab nanti biskut lembik sangat, makan pun boleh lerai. Tapi depends pada citarasa korang la.
4. Saya guna milo instead of chocolate/serbuk koko sebab rasanya berbeza. Bila guna chocolate, nanti kek batik rasa kelat sikit. Kalau nak manis, tukar la guna milo. Nak campur chocolate ngn milo pun boleh tapi as usual, nak manis dan lemak berkrim, lebihkan milo dari chocolate 


 resepi simple and senang sangat. Selamat mencuba! 

xoxo..

nana's

No comments:

Post a Comment