Berikut adalah 40 tips bagaimana untuk menbezakan sesuatu perfume itu original atau tiruan.:
1. Adalah dicadangkan untuk
mengelakkan daripada membeli wangian yang didatangkan daripada China
kerana hampir kesemuanya adalah dari sumber yang sama dan kilang di
China.
2. Semak kualiti pembungkusan
produk perfume sama ada tersilap ejaan ataupun ada penambahan ejaan bagi
sesebuah jenama perfume tersebut. Bagi yang original tulisan pada kotak
mestilah kekal dan bukan yang di cop serta tidak pudar warnanya.
3. Semak kualiti maklumat yang di
terdapat pada kotak luaran tersebut. Yang original lazimnya terdapat
cetakan negara pengeluar, kuantiti saiz seperti ml atau .oz, logo, cap
rasmi dagangan, no. kod dan stiker lutsinar yang mengandungi data-data
berwarna lutsinar atau perak manakala tulisannya berwarna keemasan atau
perak.
4. Nombor kod produk yang
terdapat pada kotak bungkusan mestilah sama dengan kod produk yang
dilekatkan pada botol perfume tersebut manakala perfume tiruan biasanya
tidak ada.
5. Pastikan keseluruhan botol perfume tidak ada kecacatan pembikinan seperti sumbing atau kemasan yang tidak rapi.
6. Periksa juga warna tulisan jenama perfume pada badan botol tersebut dari segi ketebalan printing, warna dan juga ejaannya.
7. Tudung botol perfume original biasanya rapat dan sama warna.
8. Perfume original pastinya tiada lelehan dimuncung semburan manakala yang tiruan sentiasa meleleh dan semburannya tidak rapi.
9. Semak juga stiker label dibawah botol perfume yang original biasanya memang sama seperti yang terdapat di kotak pembungkusan.
10. Pastikan terdapat label untuk
di scan di botol wangian dan juga di kotak pembungkusan manakala jenama
tiruan tiada ciri-ciri tersebut.
11. Semburan perfume original dapat bertahan selama 24 jam jika disembur pada kertas manakala tiruan hanya bertahan 5 jam.
12. Rasakan terdapat minyak pada kertas semburan dan bukannya air bagi yang tiruan.
13. Bau perfume original sangat authentic manakala perfume tiruan lebih kepada bau alkohol.
14. Pastikan cecair dalam botol perfume tiada kekotoran yang mana perfume tiruan terdapat kekotoran ataupun pernah diguna pakai.
15. Jika perfume didatangkan bersama kota periksa saiz, warna, jenis dan kualiti kotak bungkusannya.
16. Periksa kepala semburan perfume samada semburan itu lancar atau keluar meleleh-leleh atau tidak lancar.
17. Biasanya perfume tiruan
mempunyai lebih minyak dari bahan kimia yang selamat jadi apabila
semburan itu seperti ada seperti ada minyak bermakna itu adalah yang
perfume tiruan.
18. Kualiti warna perfume
semburan biasanya terang, cerah dan bersih serta sangat konsisten
berbanding warna perfume tiruan yang sering berbaur-baur.
19. Kualiti bau yang asli
biasanya sangat fresh tetapi tidak terlalu menusuk atau tengik seperti
terlalu banyak kandungan yang tidak seimbang campurannya apabila
menyembur di udara pada kali pertama.
20. Kotak bungkusan perfume juga warnanya tidak pudar atau ada tersalah ejaan.
21. Kualiti warna kotak dan botol perfume adalah sama yang seperti terdapat di butik-butik atau gedung-gedung terkenal.
22. Periksa label jenama di
botol-botol perfume yang mana label wangian tiruan biasanya boleh
tertanggal apabila dicakar dengan menggunakan kuku sahaja.
23. Kesan semburan perfume tiruan
biasanya akan melunturkan struktur fabrik serta warna pakaian anda
dalam jangka masa panjang. Bayangkan jika anda kerap menyemburkan
perfume tiruan kepada pakaian sutera yang berharga mahal setiap hari.
24. Terdapat stiker hologram
dengan perkataan ” Original Quality” pada wangian yang original biasanya
terdapat pada kotak pembungkusan.
25. Sila lihat kandungan
ingredients pada belakang kotak bungkusan yang mana kotak perfume tiruan
ini tiada atau tersalah ejaannya ataupun kurang bilangannya berbanding
yang original.
26. Terdapat tulisan atau kod yang timbul pada botol samada di bawah atau di bawah sebelah belakang botol perfume yang original.
27. Pastikan penutup botol
perfume itu tidak longgar atau loose atau sukar hendak ditutup yang mana
biasanya berlaku bagi perfume tiruan.
28. Bau perfume original
mempunyai 3 peringkat iaitu top notes, middle notes and base notes.
Manakala perfume tiruan tiada ciri-ciri tersebut.
29. Ada kajian menjumpai bahawa
perfume tiruan terutama EDT adalah daripada bahan-bahan seperti air
kencing, anti-freez dan bahan kimia toksid terlarang.
30. Pastikan buatan asal negara
perfume tersebut biasanya yang 100% original itu ada tertera Made in
USA, Made in France, Made in UK, Made in Spain dan lain-lain.
31. Ada kesan sampingan bagi
perfume tiruan seperti rasa loya atau nak termuntah dan kegatalan pada
kulit atau kesan kemerah-merahan kerana kandungan wangian tiada sukatan
atau R&D terhadap orang ramai sebelum ianya dijual dipasaran.
32. Perfume original lebih mahal
tetapi ianya dapat bertahan sehingga 15 tahun atau lebih manakala yang
tiruan hanya beberapa bulan sahaja.
33. Pastikan anda atau
pelanggan-pelanggan perfume faham apa maksud Aftershave, EDC, EDT, EDP,
Pure Parfum dan lain-lain sebelum membeli belah.
34. Kadangkala peniaga selalu
mengambil kesempatan dengan menjual perfume aftershave dan EDC terus
ianya dijual dengan harga EDT, EDT dijual dengan harga EDP. Sungguh
mudah pelanggan-pelanggan tertipu hanya kerana membeli tanpa mengetahui
ianya katogeri yang mana.
35. Perfume yang harganya murah
atau luar biasa murah berbanding yang original adalah sahih itu memang
tiruan. Pastikan faktor-faktor harga, kotak bungkusan, botol dan bau
sebelum terus membeli kerana dikhuatiri ianya tiruan.
36. Terpenting sekali adalah
lihat buih apabila anda menggoncangkan botol perfume tersebut. Pastikan
terdapat 2 jenis buih iaitu buih-buih halus yang tenggelam dan buih-buih
besar dipermukaan. Buih-buih tersebut mestilah dapat bertahan selama
kira-kira 10 saat dan keatas manakal wangian tiruan tiada ciri-ciri ini
iaitu buihnya hanya 1 jenis iaitu buih yang besar dipermukaan yang mana
hanya bertahan selama 2 – 3 saat.
37. Pastikan anda menghindari
perfume samada yang reject tidak kira after shipping reject, factory
reject, returning stock, knockoff, imitations, stok pasar malam, dengan
kotak atau tanpa kotak atau apa-apa jua alasan kerana ramai
pembekal-pembekal yang menipu dengan menjual stok-stok yang dikembalikan
oleh pelanggan kerana tidak berpuas hati atau sebab-sebab yang lain dan
ianya dijual secara borong dari gudang-gudang terpakai terutama dari
negara-negara seperti Dubai, Thailand, Afrika, Taiwan, Hong Kong dan
terutamanya China.
38. Hindari perfume dari China
kerana sebab hampir semua perfume terkenal adalah dari USA atau Europe.
Jadi boleh dielakkan dengan memeriksa bar code dengan mudah sekali.
Biasanya barcode buatan Made in China ini adalah bemula dengan nombor
awalan 690,691,692 & Made in Taiwan bermula dengan 471.
- 00 – 09 Made in USA
- 30 – 37 Made in France
- 40 – 44 Made in Germany
- 49 Made in Japan
- 50 Made in UK
39. Perfume tiruan biasanya
bentuk botolnya ada sedikit berbeza dengan botol perfume original. Cuba
anda letakan botol perfume original bersebelahan dengan perfume tiruan
dan apa perbezaan yang dapat anda lihat.
No comments:
Post a Comment