Monday 6 May 2013

Tips apabila berjauhan~~~~



so berjauhan tu baik sebenarnya taw.. ble mengajar banyak benda , TRUST ME dan bole mengundang banyak salah faham antara satu sama lainn so lets fixed it dengan tips nii ! 
Cinta Jarak jauh ni banyak cabaran dia so disini saya ingin memberi tips untuk LONG DISTANCE LOVE :)
jumm kita lihat tips dia key ..



1. KESETIAAN

Yaa ni hal paling penting tw! Kita mesti setia dengan pasangan kita kalau tak nak perkara yang tak baik berlaku . orang kata kalau nak orang lain layan kita dengan baik kita kena juga layan dorang macam mana kita mahu kita nak dilayan . ohh sangat BETUL! Mungkin kalau berjauh ni mesti ingat ada peluang nak curang kan? so BATALKAN laa niat tu ingat ORANG TERSAYANG :D SETIA tu penting kalau Cinta jarak jauh nii.. so FIKIR-FIKIR kan laa :)



2. BERUSAHA BERJUMPA WALAUPUN SEKEJAP

Bila cakap cinta jarak jauh mesti laa berjauh kaann? so kalau dah jadi macam tu pa boleh buat laa, setiap orang kena bahagikan la masa yang ada , kalau diberi peluang berjumpa , berjumpa la puas-puas walaupun sekejap . Tapi kalau hal saya nii memang HARD sikit nak berjumpa sebab ada alasan masing-masing.. si dia ada kelas .. Mahu juga kan jmpa Face-to-face..Tapi kalau ada masa jumpa .. jumpa juga :D


3. PERCAYA KEPADA PASANGAN


bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang tersayang. Aabila teringat, pasti timbul bibit curiga dan mula mengulit perasaan. Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Tanam sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ianya sangat penting untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.
Kalau berjauhan apa yang kita harus buat untuk pasagan kita adalah harus percaya antara satu sama lain .. mungkin pasangan kita ada nak buat , belajar ke or apa-apa saja so jangan laa asyik nak FIKIR BENDA YANG NEGATIF ja.. fikir la positif sikit .. jngan asyik cemburu buta jaa ! Bila kita saling percaya antara satu sama lain hubungan akan jadi BAIK ..B

4. BERTANYA KHABAR

Ini sangat penting jika ada hubungan jarak jauh ni , kena lah selalu bertanya khabar antara satu sama lain.. CALLING ke or apa sahaja yang bole bt,,zaman moden suda..ada we chat..viber.wasap skype,..ceywahh.. At least, ble juga kan berkongsi masalah atau apa sahaja yang perlu dikongsi . Tanya khabar dekat dia bole buat  DIA rasa dipedulikan :D

*setakat itu saja laa saya dapat kongsikan untuk kamu semua :D harap-harap membantu anda dan saya SENDIRI hehe..



Cinta Jarak Jauh : Kalau Ia Milik Kita Tetap Milik Kita


Cinta Jarak Jauh pernah anda lalui ?
Jika tidak pun ada orang yang berhampiran anda pernah mengalaminya cinta jarak jauh ini. Pernah beberapa situasi saya lihat dan dengar samaada lihat sendiri mahupun dari penceritaan isteri mahupun kawan-kawan. Cinta Jarak Jauh terlalu sukar untuk dipertahankan. Mengapa? Kerana tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.
cinta, cinta jarak jauh
  • Cinta Jarak Jauh boleh berjayakah hubungan cinta kita  ?
  • Seorang di Johor seorang di Kuala Lumpur? Seorang ke kiri seorang ke kanan?
  • Tidak curangkah dia?
  • Setiakah dia?
  • Masih Cintakah dia padaku?
  • Adakah dia menunggu aku?
  • Adakah aku masih untuk dia?
Ini antara persoalan yang akan bermain dalam fikiran setiap pasangan yang bercinta jarak jauh.
Mana saya tahu? Kerana saya pernah lalui semua ini. Dan Alhamdulillah cinta kami adalah hak kami. Walaupun berjauhan semasa bercinta dan bertunang akhirnya selepas berkahwin kami bahagia sebumbung. Ya, bahagia sebumbung.
Sebenarnya, Cinta Jarak Jauh adalah perihal kepercayaan. Kalau tiada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing, sukar untuk cinta itu berjaya kita miliki. Berikanlah kepercayaan kepada pasangan kita. 100% pastinya tidak 100%, cukup sekadar 70% sahaja kepercayaan terhadap pasangan. Biarkan 30% adalah keraguan atau ketidak percayaan. Perasaan ini akan mewujudkan harmoninya dalam percintaan. Mana seronok cinta tanpa cemburu. Tanpa perasaan jealous
Bagi saya, dalam perhubungan sesama manusia kita tidak boleh meletakkan 100% kepercayaan. Kita harus ada ketidakpercayaan. Kerana sekiranya berlakunya kecurangan atau pecah amanah, tidaklah kita menyesal tidak sudah. Sekurangnya peratus ketidakpercayaan itu masih kita boleh berikan untuk dijadikan kepercayaan untuk orang lain untuk satu hubungan yang baru.
Bagi saya dalam cinta jarak jauh ini, kepercayaan 100% hanya boleh diletakkan kepada Allah swt dan Islam sahaja.
Begitu juga dalam percintaan jarak jauh, berikan sedikit kepercayaan kepada pasangan. Berikan ruang dan kebebasan kepada pasangan kita. Adakah kita takut kepercayaan yang diberikan akan jadi kecurangan? Insyallah tidak. Sekiranya cinta itu milik kamu, ia tetap akan jadi hak kamu. Jangan risau.
Cinta jarak jauh juga banyak baiknya seperti :
  1. Rindu dendam yang lebih mendalam. Ya lah, jumpa pun jarang sekali.
  2. Boleh mengelakkan maksiat. Ya lah jauh, camna nak buat maksiat. Tapi boleh je, macamana? Fikir sendiri.
  3. Boleh mengelakkan fitnah dari orang sekeliling.
  4. Menguji tahap kesetiaan pasangan kita.
Pada pengalaman saya, cinta jarak jauh ini lebih seronok dan mencabar. Sebab kita akan lebih menghargai pasangan kita setiap kali kita berjumpa kerana sukar untuk kita date, bila date ia akan jadi lebih bermakna. Akan ada banyak element surprise disitu.
Ingat, dalam percintaan sememangnya memerlukan kepercayaan dan keihklasan.
Dan yang paling penting adalah, bezakan antara cinta dan nafsu. Sebenarnya seronok cinta jarak jauh ini……

No comments:

Post a Comment